Skip to main content
News

Sambutan Hari Integriti Peringkat MOSTI Tahun 2024

28 November 2024, Putrajaya – Hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Integriti Peringkat MOSTI Tahun 2024 bertempat di Lobi Blok C5 (Atria Tech dan Atrium Peterana).
Sebagai galakan pembudayaan integriti secara kreatif dan inovatif, sambutan ini juga diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan Kuiz Bersiri (Teka Silang Kata Bergambar, 4 Gambar 1 Perkataan dan Cari 10 Perbezaan), hebahan Poster Infografik, penyampaian Mesej Integriti, Tayangan Video Integriti dan Anti Rasuah di Atria Tech.
Pada hari ini juga diadakan Program Sembang Integriti Bersama YBrs. Tuan Amin Idris yang bertajuk Integriti : Keluarga dan Kerjaya serta reruai yang melibatkan Cawangan Jenayah Komersil dan Bahagian Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Wakaf Malaysia dan CuepacsCare dan bacaan Ikrar Integriti.
Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) dan Warga MOSTI.
Skip to content