Skip to main content
News

Sambutan Hari Kebangsaan 2023

31 Ogos 2023, Putrajaya – Warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini turut menyertai Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 melalui Kontinjen Perkhidmatan Awam.

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Datuk Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut bersama-sama menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.
Terima kasih juga buat seluruh rakyat Malaydia terutamanya yang berada di Dataran Putrajaya atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada kesemua peserta/kontinjen Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
.
Kredit 📸: Jabatan Penerangan Malaysia
Skip to content