Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/html/wp-content/plugins/refresh-post-page-wud/refresh-post-page-wud.php on line 77
Skip to main content
News

SAMBUTAN KARNIVAL SAINS DAN INOVASI ZON TIMUR MERIAH

By 2012-04-14#!31Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800+08:001831#31Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800+08:00-6+08:003131+08:00x31 11am31am-31Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800+08:006+08:003131+08:00x312017Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800086083amSaturday=321#!31Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800+08:00+08:003#March 11th, 2017#!31Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800+08:001831#/31Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800+08:00-6+08:003131+08:00x31#!31Sat, 11 Mar 2017 06:08:18 +0800+08:00+08:003#No Comments

 

JELI, Kelantan (14 April 2012) : Sambutan Karnival Sains dan Inovasi, program induk Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI2012), bermula meriah di Jeli, Kelantan hari ini dengan Majlis Perasmian oleh YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli dihadapan hampir 5,000 pengunjung.
Para pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat membanjiri Dewan Bitara, Maktab Rendah Sains MARA dan Dewan Pameran untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang Karnival Sains dan Inovasi Zon Timur yang diadakan selama dua hari bermula 14 April sehinggan 15 April 2012.
Turut hadir di Majlis Perasmian Karnival Sains dan Inovasi ialah YBhg. Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mewakili YB. Menteri MOSTI, Wakil-wakil Kerajaan Negeri Pahang dan Terengganu, Pemimpin-pemimpin masyarakat, penduduk-penduduk kampung, murid-murid sekolah dan masyarakat dari serata Zon Timur.
Karnival ini merupakan antara inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sains dan inovasi dalam kehidupan seharian serta menyuntik sikap inovasi dan kreativiti dalam kehidupan seharian. Melalui Karnival ini diharapkan lebih ramai belia akan memilih sains sebagai kerjaya seterusnya mewujudkan negara yang mahir dalam bidang sains dan inovasi.
Para pengunjung terutamanya pelajar dan belia, telah didedahkan kepada aktiviti yang berbentuk interaktif dan pameran sains dan teknologi.
Diantara 20 aktiviti yang diadakan sempena karnival ini ialah Pertandingan Roket Air, Pertandingan Kenderaan Elektrik Amfibian, bengkel Angkasawan (Spacecamp), ceramah keselamatan Internet dan Musical Science Show. Disamping itu, sebanyak 115 booth pameran bercirikan sains dan inovasi termasuk ciptaan akar umbi telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Antara rakan-rakan strategik yang menjayakan program ini adalah seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Dalam Negeri, institusi R&D seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, institut pengajian tinggi Universiti Malaysia Kelantan dan agensi-agensi MOSTI seperti Pusat sains Negara, Direktorat Nanoteknologi Kebangsaan, Cyber Security Malaysia dan Majlis Rekabentuk Malaysia telah terlibat dalam pameran sains dan teknologi.
YB. Dato ‘Sri Mustapa Mohamed turut melakukan upacara Flag-Off Jejak Inovasi iaitu program Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bagi meninjau inovasi akar umbi untuk dibangunkan seterusnya membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat akar umbi. Jejak Inovasi di Kelantan telah bermula pada 13 April di Tanah Merah ke Kota Bharu, Ketereh, Machang dan Jeli selama 3 hari.
Skip to content