Skip to main content
News

Sambutan Rasmi Ketibaan Presiden Republik Afrika Selatan

25 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Presiden Republik Afrika Selatan, TYT Matamela Cyril Ramaphosa, telah tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada 24 Oktober 2025, jam 9.45 malam. Ketibaan beliau disambut mengikut tatacara rasmi Tetamu Negara, dengan YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, bertindak sebagai Menteri Pengiring.

Hari ini, Istiadat Sambutan Rasmi berlangsung di Dataran Perdana Putra, diikuti Mesyuarat Dua Hala antara YAB Perdana Menteri Malaysia dan TYT Presiden Ramaphosa di Kompleks Seri Perdana.
Pertemuan ini diteruskan dengan Sidang Media Bersama serta Majlis Jamuan Rasmi, yang menandakan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam bidang ekonomi, perdagangan, dan pelaburan.
Kredit Foto/Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia
Skip to content