Skip to main content
News

Santunan Kasih PUSPANITA MOSTI di Program Hari Istimewa Sains (HIS) 2026

13 Mei 2026, Kuala Lumpur – YBhg Datin Vanitha a/p Rukmagunda, Pengerusi PUSPANITA MOSTI serta bersama barisan kepimpinan PUSPANITA MOSTI dan PUSPANITA PSN hadir ke Hari Istimewa Sains yang diadakan di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur bagi menyantuni pengunjung terutamanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti bersama anak-anak istimewa termasuk persembahan khas, aktiviti interaktif serta penyampaian sumbangan dan kit sains.
Sepanjang lawatan, YBhg. Datin turut diiringi oleh YBhg. Datin Nor Azah binti Jamaluddin, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA MOSTI, YBrs. Dr. Norzilawati binti Md Kamsor, Pengarah Pusat Sains Negara merangkap Penasihat PUSPANITA PSN serta Cik Marziana binti Abd. Halim, Pengerusi PUSPANITA PSN.
Semoga program ini dapat terus menyemarakkan semangat inklusiviti, kasih sayang serta memupuk minat terhadap dunia sains dalam kalangan masyarakat.
Skip to content