6 Oktober 2024, Jepun – YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Science and Technology in Society Forum (STS Forum) The Annual 21st Meeting 2024 dan The 21st Science and Technology Ministers’ Roundtable di Kyoto, Jepun pada 6-8 Oktober 2024.
Persidangan Antarabangsa terkemuka ini merupakan program kemuncak platform perkongsian ilmu dan pengalaman yang melibatkan penyertaan Menteri-menteri STI, penasihat sains kepada ketua-ketua Kerajaan, ahli akademik, saintis dan pemimpin industri.
Pelbagai isu berkaitan STI yang terkini telah dibincangkan dalam Forum ini, antaranya peranan kerajaan dalam menyediakan ekosistem berteraskan STI yang boleh dimanfaatkan oleh semuagolongan masyarakat. Pada tahun ini, tema perbincangan STS Forum telah memfokuskan tajuk berkaitan pembangunan ekosistem syarikat pemula dalam menerajui ekonomi STI negara.
YB Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal telah berkongsikan beberapa inisiatif terkini negara dalam perbincangan meja bulat peringkat menteri antaranya:
1. Startup Ecosystem Roadmap (SUPER) 2021-2030
2. National Technology and Innovation Sandbox (NTIS)
3. KL20 Action Plan
4. Startup Single Window