Skip to main content
News

Semarak MADANI Kompleks C

30 April 2024, Putrajaya – YB. Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dan YA Puan Reihana binti Abd Razak, Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri, membawakan penganjuran bersama sambutan Aidilfitri di Kompleks C, Putrajaya.
Sambutan Aidilfitri ini diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Program ini telah diadakan dengan membawa semangat Seiring Sepakat dan kebersamaan dalam penganjuran “Semarak MADANI Kompleks C” yang diserikan dengan kehadiran 5,000 tetamu.
Komitmen Kerajaan menerusi tekad yang diarusperdanakan oleh Ketua Setiausaha Negara sejak tahun 2020, telah mengaspirasikan “The G.R.E.A.T Civil Service” sebagai mekanisme penyampaian perkhidmatan bagi mendukung dasar Malaysia MADANI yang perlu ditafsir dengan lebih mendalam oleh setiap penjawat awam. Perkara tersebut dapat dilihat menerusi penganjuran “Semarak MADANI Kompleks C” dengan mempraktikkan “Minda Pekin” dengan memanfaatkan sumber menerusi jalinan kerjasama strategik dalam organisasi, seterusnya mentafsirkan sifat MADANI.
Seiring dengan sambutan Aidilfitri yang diraikan, Kerajaan sentiasa menitikberatkan amalan H.E.M.A.T yang menekankan kewaspadaan dalam tindakan dan ketelitian dalam melaksanakan amanah. Selain memupuk silaturahim antara kementerian dan jabatan menerusi titik persamaan dalam merealisasikan program hari raya ini dalam suasana sederhana, majmuk dan meriah demi Malaysia MADANI.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Tuan Mohd Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, YB Dato’ Haji muhammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Skip to content