Skip to main content
News

Seminar Bioetika ASEAN 2025

09 September 2025, Sabah – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merasmikan Seminar Bioetika ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Bertemakan “Navigating Bioethical Frontiers: Sustainability and Resilient in ASEAN”, seminar dua hari ini menghimpunkan 250 peserta termasuk wakil semua Negara Anggota ASEAN, Timor-Leste, Sekretariat ASEAN, dan International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB), selain pembuat dasar, saintis, pakar etika, dan pemimpin industri.
Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan kemajuan bioteknologi perlu seiring dengan tadbir urus etika yang kukuh. Ini juga untuk memastikan kemajuan kita berpandukan bukan sahaja kepada sains, tetapi juga kepada prinsip yang melindungi masyarakat dan alam sekitar.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Garis Panduan Etika Bioteknologi di Malaysia. Garis panduan ini menggariskan 15 prinsip etika teras bagi bioteknologi di Malaysia yang menekankan ketelusan, akauntabiliti, dan kesiapsiagaan mengurus risiko, di samping memupuk keyakinan awam melalui libat urus yang peka budaya serta perkongsian manfaat bioteknologi secara saksama.
Ia juga merupakan salah satu strategi di bawah Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (2022–2030), Teras Strategik 1, yang mensasarkan kepada penetapan rangka kerja etika dan piawaian peraturan yang jelas bagi bidang bioteknologi.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN Sub-Committee on Biotechnology (2024–2026), berhasrat bekerjasama rapat dengan rakan ASEAN untuk memupuk kolaborasi, membangunkan kapasiti, dan meneroka peluang penyelarasan prinsip bioetika di peringkat serantau dengan menghormati konteks negara masing-masing.
Turut hadir, YBhg. Datuk Sernam Singh, Setiausaha Sumber Asli, Sabah, YBrs. Puan Norsham Binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI, YBrs. Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah, YBhg. Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM), YBrs. Puan Ken Kartina Binti Khamis, Pengarah, Pusat Biodiversiti Sabah (SaBC), YBrs. Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Bin Shaikh Mohd Salleh, Pengarah Penyelidikan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan YBrs. Dr. Zurina Mokhtar,
Sekretariat ASEAN.
Skip to content