i) Mengenal pasti isu dan pola pembangunan sumber manusia semasa di peringkat organisasi dan negara dalam sekor awam / swasta;ii) menganalisis teori dan amalan dalam pembangunan sumber manusia; dan
iii) berkongsi pengalaman dalam bidang pembangunan sumber manusia.
Sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan dalam program tersebut. Pembentang adalah terdiri daripada Pelajar Pasca Siswazah UPM dan Pegawai MOSTI. Antara topik yang dibentangkan dalam seminar ini adalah seperti berikut-
i) Human Resource Management in MOSTI;
ii) Investigating The Role of Social Networking Sites in Facilitating Academic Learning;
iii) Work Attitude Towards Innovation and Creativity in Malaysian Organizations;
iv) Stress and its Effects on The Job Performance Among Executives Level in Banking Sector;
v) Definition and Drivers of Employee Engagement;
vi) The Relationship of Organisational Climate on Training Transfer in Public Sector Organization; dan
vii) Understanding Sexual Harassment in the Malaysian Workplace: The Antecedents, Consequences and Preventive Measure.
Pada sebelah petang, sesi Panel Discussion bertajuk “Towards A High Income Economy: Challenges in Talent Development” telah diadakan. Sesi ini telah dikendalikan oleh YBrs. Encik Kamel Mohamad, Setiausaha Bahagian Kanan Perancangan MOSTI. Panel bagi program ini terdiri daripada YBhg. Prof. Dr. Abu Daud Silong dari UPM, YBhg. Datin Dr. Rosslina Ahmad Mokhtar dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan YBrs. Puan Siti Norliza Mohd Sahar dari Talent Corp. Para peserta seminar telah menggunakan peluang ini untuk mengemukakan pelbagai soalan kepada para panel.
Semasa ucapan penutup, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Madinah Mohammad menegaskan bahawa kerjasama MOSTI dan UPM dalam melaksanakan program ini adalah penting dalam perkongsian teori dan amalan pembangunan modal insan.