Skip to main content
News

Sesi B2026 Minister Session bagi Inisiatif Belanjawan 2026 Kementerian Sains, teknologi dan Inovasi (MOSTI)

10 September 2025, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan pertemuan dengan YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam satu sesi membincangkan inisiatif-inisiatif Belanjawan 2026 MOSTI.

Sesi ini bertujuan untuk memperincikan cadangan program serta hala tuju strategik yang dirangka, di samping mendapatkan pandangan serta sokongan bagi memastikan inisiatif yang dicadangkan selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan keutamaan Kerajaan dalam Belanjawan 2026.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam Bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBrs. Puan Ruziah Bt Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Norsham bt Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MOSTI, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik serta pegawai-pegawai MOSTI dan pegawai-pegawai kanan MoF serta Pasukan Belanjawan 2026.
MOSTI komited untuk terus memacu inisiatif yang berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat dan daya saing negara serta menyokong agenda ekonomi MADANI melalui inovasi dan teknologi.
Skip to content