Skip to main content
News

Sesi Book Review Bulan Februari Tahun 2026

27 Februari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI hadir pada sesi Book Review bagi Bulan Februari yang telah diadakan di Atrium Peterana, MOSTI bagi memperkukuhkan budaya membaca dalam kalangan warga MOSTI.
Sesi pada kali ini mengupas buku bertajuk “Transforming Malaysia : Fixing Economic Foundation and Productivity in the 21st Century” yang dibentangkan oleh Puan Nur Khairunnisa binti Abu Hasan, Puan Nik Siti Fadilah binti Yaacob dan Encik Mohd Faiz bin Mohd Azahar. Buku ini telah mengetengahkan analisis dari aspek ekonomi dan produktiviti dan menyarankan usaha transformasi menyeluruh negara melalui pendekatan berasaskan keberhasilan(outcome-based) dan pengurusan prestasi yang sistematik.
Turut hadir bersama Encik Chan Tat Seng, Ketua Penolong Setiausaha BPSM MOSTI, Setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan.
Skip to content