Skip to main content
News

Sesi Dialog CEO: Menyusun Kerangka Pelaburan Teknologi Negara

30 Mei 2025, Kuala Lumpur – Telah berlangsung satu sesi dialog berimpak tinggi bersama 68 pegawai kanan kerajaan dan pemimpin industri bagi membincangkan hala tuju strategik pelaburan teknologi negara yang telah dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

Sesi dialog ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), MOSTI. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Boniface Edwin Manung, Setiausaha Bahagian, Bahagian PTK MOSTI. YBhg. Datuk Ts. Dr. TKSU(T) dalam ucapannya menekankan kepada keperluan satu mekanisme yang koheren untuk menyelaras dan mengutamakan pelaburan merentas dasar-dasar sedia ada, pelaburan yang sejajar dengan keutamaan teknologi negara dan tertumpu dalam membina keupayaan tempatan, laluan pengkomersialan dan kesediaan ekosistem.
Perbincangan yang berlangsung mencerminkan komitmen bersama ke arah membentuk ekosistem pelaburan teknologi yang mampan, inklusif dan berdaya saing – demi kedaulatan teknologi dan masa depan negara.
Pihak MOSTI dan MTDC menghargai kehadiran semua peserta ke sesi dialog ini serta di atas sumbangan idea dan pandangan bernas. Secara kesimpulannya semua peserta sesi dialog berpandangan bahawa kolaborasi erat antara sektor awam dan swasta adalah kunci kejayaan dalam mentransformasikan landskap teknologi Malaysia.
Skip to content