Skip to main content
News

Sesi Kunjungan Hormat Duta Besar Hungary terhadap KSU MOSTI

8 Julai 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Sándor Sipos, Duta Besar Hungary ke Malaysia.
Pertemuan ini menandakan usaha kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI), serta menggiatkan semula kerjasama yang telah terjalin sebelum ini. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk mewujudkan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Hungary sebagai platform rasmi bagi membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi antara kedua-dua buah negara. Mekanisme ini diharap dapat memastikan kerjasama yang dirangka dapat dilaksanakan secara teratur, berkesan dan selaras dengan hala tuju STI kedua-dua negara.
Sesi kunjungan hormat ini turut membuka ruang kepada penerokaan kerjasama yang lebih erat dan strategik antara Malaysia dan Hungary, khususnya dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama. Pertemuan ini juga diharap dapat memperkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi negara, sekali gus menyumbang kepada manfaat bersama serta hubungan dua hala yang lebih kukuh pada masa hadapan.
Skip to content