Skip to main content
News

Sesi Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam Ke Atas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

8 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu’r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia di Bangunan Utama, Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Pertemuan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama Malaysia–Brunei dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) demi manfaat bersama.
Turut hadir, YBhg. Dato Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta wakil Bahagian Antarabangsa. Manakala delegasi Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Malaysia disertai YBrs. Encik Mohammad Dino Ayup, Menteri Kunselor dan Pengiran Anak Ni’matullah Athirah Muntassir, Setiausaha Kedua.
Skip to content