26 Oktober 2026, Banting – Bahagian Pembangunan bersama Bahagian Kewangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Teknologi Angkasa, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Banting bagi meninjau pelaksanaan projek strategik pembangunan teknologi angkasa negara.
Sesi lawatan dan penerangan telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Fazuwan bin Ahmad Fauzi, Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa, MYSA,Banting.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada dua inisiatif utama, iaitu:
Lawatan ini turut menjadi platform penting bagi memperkukuh kefahaman mengenai keperluan teknikal, kemajuan pelaksanaan serta keberhasilan projek pembangunan yang dibiayai Kerajaan.
MOSTI komited memastikan setiap pelaburan pembangunan bukan sahaja diterjemahkan kepada penyediaan infrastruktur dan teknologi, malah menghasilkan keupayaan strategik, nilai tambah serta impak jangka panjang kepada negara.




