Skip to main content
News

Sesi Libat Urus Bersama Media Berkaitan Inisiatif Ekonomi Hidrogen MOSTI

22 Ogos 2025, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi hadir ke Sesi Libat Urus Bersama Media mengenai usaha MOSTI dalam memacu Ekonomi Hidrogen Negara di Putrajaya.

Antara inisiatif utama ialah Projek Stesen Pengisian Hidrogen Mudah Alih (MHRS) di Putrajaya iaitu projek rintis pertama mobiliti hidrogen di Semenanjung Malaysia. Projek ini dilaksanakan oleh MOSTI melalui NanoMalaysia Berhad dengan kerjasama PETRONAS, Sime UMW, UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation (MGTC).
Turut diadakan demonstrasi pengisian 3 unit kenderaan Toyota MIRAI di Stesen MHRS diikuti sesi pandu uji bagi merasai pengalaman pemanduan Kenderaan Elektrik Sel Fuel atau (Fuel Cell Electric Vehicle, FCEV) yang menggunakan teknologi hidrogen.
Inisiatif penting di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR) ini menyokong aspirasi Malaysia ke arah karbon sifar bersih menjelang tahun 2050, sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI untuk masa depan yang mampan.
Skip to content