Skip to main content
News

Sesi Libat Urus dan Lawatan Kerja Unit Integriti MOSTI ke Jabatan Ketua Menteri Melaka

30 Januari 2026, Melaka – Unit Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan sesi libat urus dan lawatan kerja ke Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) bagi tujuan mendapatkan perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta pencapaian Kategori Emas Anugerah Integriti, Antirasuah dan Governans (AIGA) yang dicapai oleh JKMM.
Anugerah Integriti, Antirasuah dan Governans (AIGA) merupakan inisiatif strategik yang bertujuan memperkukuh budaya integriti, mencegah rasuah dan mempertingkat amalan tadbir urus yang baik dalam organisasi. Melalui mekanisme penilaian dan pengiktirafan yang berstruktur, AIGA berperanan meningkatkan akauntabiliti, ketelusan serta keberkesanan pengurusan, sekali gus membina kepercayaan pemegang taruh dan menyokong pembangunan organisasi yang mampan selaras dengan aspirasi tadbir urus sektor awam negara.
Sesi ini turut membincangkan pelaksanaan pelbagai inisiatif pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah di Jabatan Ketua Menteri Melaka serta jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, sebagai usaha berterusan dalam memelihara amanah, memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dan melindungi integriti perkhidmatan awam, khususnya di peringkat negeri.
Semoga sesi libat urus ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang lebih kukuh dan berterusan dalam usaha memperkasakan integriti, antirasuah dan tadbir urus yang cemerlang demi masa depan perkhidmatan awam yang berwibawa.
Skip to content