Skip to main content
News

Sesi Libat Urus Penggubalan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia

26 Julai 2022, Putrajaya – Hari ini telah diadakan Sesi Libat Urus Penggubalan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia [Akta 834] yang bertujuan untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada semua pemegang taruh ke atas Peraturan-peraturan Lembaga Angkasa Malaysia yang sedang digubal ini supaya ianya komprehensif, teratur dan praktikal.

Sesi libat urus ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu bersama agensi kerajaan dan akademia pada sebelah pagi manakala sesi petang melibatkan pihak industri dan pihak NGO.

RUU Lembaga Angkasa Malaysia telah mendapat perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 19 Januari 2022 dan telah diwartakan sebagai Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada 25 Januari 2022.

Antara komponen utama Akta ini adalah penubuhan Lembaga Angkasa Malaysia untuk mengawal selia sebarang aktiviti berkaitan angkasa, pendaftaran objek angkasa dan memastikan aktiviti angkasa negara dapat dilaksanakan secara bertanggungjawab serta mematuhi segala peraturan dan standards yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.

Akta 834 menyediakan kerangka undang-undang yang jelas, telus dan inklusif dalam menyediakan ekosistem sokongan bagi menyemarakkan pembangunan teknologi angkasa di negara ini.

YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang turut meluangkan masa hadir pada sesi petang, dalam ucapannya menegaskan bahawa sains dan teknologi angkasa sentiasa berkembang. Oleh itu kerangka undang-undang perlu ditambah baik dari masa ke semasa. Maka inisiatif hari ini merupakan satu usaha untuk membolehkan Akta 834 dikuatkuasakan dan dilaksanakan segera”

“Melalui pengalaman pelaksanaan Akta ini, kita boleh menambah baik ekosistem undang-undang termasuk mekanisma pelaksanaannya”, tambahnya lagi.

Skip to content