Skip to main content
News

Sesi Pencerapan Gerhana Matahari Separa

20 April 2023, Kuala Lumpur – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke sesi Pencerapan Gerhana Matahari Separa di pekarangan Istana Negara, hari ini.

Terdahulu Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Gerhana secara berjemaah di Surau Utama Istana Negara yang diimamkan oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee Mohd Yatim manakala bacaan khutbah oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Haji Munir Md Salleh.
Pada hari ini, penduduk Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa yang bermula pukul 11:00 pagi sehingga pukul 2:00 petang bagi pemerhati di Sabah. Sementara di Semenanjung Malaysia, fenomena gerhana tamat lebih awal iaitu sekitar pukul 1:00 tengah hari.
Penduduk di Tawau, Sabah berpeluang melihat litupan permukaan Matahari paling maksimum iaitu sebanyak 43%. Manakala litupan permukaan Matahari di Kuching, Sarawak mencecah 30% sementara bagi kawasan-kawasan di Semenanjung Malaysia litupan permukaan Matahari dijangka pada kadar 1% hingga 15%.
Turut hadir, YB Chang Lih Kang – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBrs. Datus Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, barisan pengurusan tertinggi Istana Negara dan MOSTI serta pegawai-pegawai dari Planetarium Negara.
DSC 0445    DSC 0373DSC 0393    DSC 0457
Skip to content