5 Februari 2026, Kuala Lumpur – YB Datoβ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Haji Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini membuat penggulungan perbahasan Titah Diraja untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sesi kali ini menekankan antaranya kepentingan π
ππ ππππβ & π·ππ£ππππππππ‘ (R&D) sebagai pemacu utama kepada produktiviti, daya saing industri, penciptaan teknologi baharu serta pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. Ia merangkumi usaha untuk menterjemah pelaburan R&D kepada impak sebenar di semua lapisan masyarakat, peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera dalam pelaburan teknologi masa hadapan, peningkatan aktiviti R&D oleh Kerajaan Negeri dan swasta serta pendekatan baharu pembangunan bakat melalui rangkaian mentor berasaskan komuniti dan industri.
MOSTI juga akan melaksanakan penstrukturan semula geran penyelidikan berfokuskan πππ π πππ-ππππππ‘ππ π
&π·, pengukuhan kerjasama industriβakademia melalui pendekatan ππ-πππππ‘πππ, serta perluasan penggunaan geran padanan bagi menggalakkan pelaburan swasta dalam aktiviti R&D yang berimpak tinggi.
Dalam aspek pembangunan teknologi pula, potensi pembangunan teknologi ππππππππ sedang dikaji serta inisiatif pembangunan teknologi hijau akan terus diperkukuhkan bagi menyokong peralihan yang kian pesat ke arah penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB).
MOSTI komited memastikan ekosistem R&D menjadi tunjang kepada agenda pembangunan STI negara, selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai negara berteknologi maju dan berdaya saing.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI bersama barisan pegawai-pegawai MOSTI.




