12 November 2026, Kuala Lumpur – Pertubuhan Wanita Cakna Muallim Perak telah mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia dan berpeluang menyertai sesi perkongsian bersama YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sesi ini turut membuka ruang kepada para peserta untuk bertanya dan memahami dengan lebih dekat tentang sistem demokrasi berparlimen, fungsi Dewan Rakyat serta peranan Ahli Parlimen dalam proses penggubalan undang-undang negara.
Lawatan ini diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap institusi Parlimen serta kepentingan penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi negara.




