Skip to main content
News

Sesi Pertemuan Maya bersama Bakat-Bakat Inovasi Muda

YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengadakan Sesi Pertemuan Maya bersama Bakat-Bakat Inovasi Muda yang telah mengharumkan nama negara.
Adik Siti Maryam Muzzamir, murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist di Kuantan yang memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Kanada baru-baru ini melalui inovasi sejenis makanan haiwan baharu yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut dengan menamakan produk itu Yam 2.0.
Cik Liyana Syasya dan Encik Mohd Fahad – Pelajar tahun akhir Fakulti Sains & Teknologi UKM yang telah dinobatkan pemenang 3M Inspire Challenge menewaskan 121 peserta dari negara-negara Asia Tenggara lain menerusi Inovasi Smart Bandage.
YB Dato’ Sri Dr Adham Baba berkata MOSTI komited memberi sokongan dan menggalakkan inovasi dalam kalangan bakat muda tempatan , justeru MOSTI menyasarkan peruntukan RM100 juta pada tahun 2022 sebagai dana penyelidikan dan pembangunan atau Malaysia Grand Challenge (MGC) berkaitan bidang keutamaan sains, teknologi serta inovasi.