12 Mei 2023, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiauasaha (Pembangunan Teknologi) telah mengadakan sesi pertemuan bersama dengan Laura Lochman, Deputy Asisstant Secretary, Bureau Of Energy Resources U.S Department Of State serta wakil daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.
Mesyuarat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kementerian serta NanoMalaysia Berhad. Malaysia dan Amerika Syarikat berpeluang mengadakan perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang tenaga terutama sekali melibatkan hidrogen, tenaga yang boleh diperbaharui, kenderaan elektrik, teknologi hijau, dan unsur nadir bumi.