Skip to main content
News

Sesi Ringkas Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Wakil Pasukan Pelaksana ISMS MOSTI

2 Mac 2023, Putrajaya – Penyampaian sijil penghargaan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI kepada wakil pasukan pelaksana Information Security Management System (ISMS) MOSTI. Hadir sama YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI.
ISMS merupakan suatu pendekatan yang bersistematik dan berstruktur di dalam pengurusan maklumat. Pelaksanaan ISMS meliputi polisi, proses, prosedur, struktur organisasi, perisian dan juga fungsi sesuatu perkakasan. Objektif ISMS adalah untuk mengurus dan melindungi keselamatan maklumat selaras dengan keperluan dan ekspektasi pemegang taruh.
329017533 187757153889699 305812269478186405 n
Skip to content