22 Mei 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 3/2026 telah berlangsung di Atrium Peterena, C5 pada hari ini bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Perkongsian ilmu pada hari ini bertajuk ‘AI: Hype or Hope? – A MIGHT Future Foresight Series For MOSTI oleh YBrs. Dr. Tan Shu Ying daripada wakil MIGHT.
Sebelum bermula sesi ini, senaman Taiso juga dilakukan secara ringkas sebelum bermulanya sesi Sembang Santai sebagai usaha berterusan bagi menggalakkan keseronokan bekerja dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga MOSTI.
Turut hadir Tn. Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan.




