6 Jun 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 4/2026 telah berlangsung hari ini di Atrium Peterena, C5 yang mencerminkan komitmen kementerian dalam membudayakan perkongsian ilmu dan meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu semasa.
Bagi sesi kali ini, Encik Muhammad Abdullah bin Bakar telah menyampaikan perkongsian bertajuk “World Environment Day”, bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang diraikan pada 5 Jun setiap tahun.
Perkongsian tersebut memberi pendedahan mengenai pelbagai isu kritikal alam sekitar, termasuk perubahan iklim, pencemaran plastik dan kehilangan biodiversiti, di samping menekankan kepentingan tindakan kolektif dalam memelihara kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
Turut hadir, Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan.




