Skip to main content
NewsCovid-19

Siaran Media: Sistem Amaran Awal Kluster Covid-19 Menerusi Hotspots Identification For Dynamic Engagement (HIDE)

By 2021-05-04#!31Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +0800p1131#31Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 05am31am-31Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +08002911297amMonday=321#!31Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +0800pAsia/Kuala_Lumpur7#July 5th, 2021#!31Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +0800p1131#/31Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 05 Jul 2021 11:29:11 +0800pAsia/Kuala_Lumpur7#No Comments
4 Mei 2021, Putrajaya – Susulan peningkatan penularan wabak COVID-19 di Malaysia akhir-akhir ini, Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan sistem amaran awal yang lebih bersepadu bagi mengenal pasti sesuatu kawasan dan premis yang berisiko atau berpotensi menjadi hotspots atau pusat penyebaran virus COVID-19.
Sistem amaran yang dikenali sebagai Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) ini menggunakan analisis dataraya (big data) dan kecerdasan buatan (artificial inteligence) menerusi pengesanan kontak dan membuat ramalan kemungkinan terjadinya sesuatu kluster.
Analisis HIDE akan memberikan maklumat penting bagi membolehkan pihak berkuasa termasuklah Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan awalan (pre-emptive) secara bersasar untuk mengelakkan terjadinya sesuatu kluster daripada lokasi atau hotspot tersebut.