Skip to main content
News

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan oleh YAB Perdana Menteri

26 Oktober 2025, Kuala Lumpur – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan di Kuala Lumpur hari ini.

Sidang ini menghimpunkan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan ASEAN serta rakan dialog antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat, China, Korea, Brazil, Afrika Selatan dan Setiausaha Agung PBB — memperlihatkan peranan penting ASEAN dalam geopolitik global.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa kepimpinan bermula dengan pilihan dan keazaman untuk memperbaharui semangat ASEAN. Di bawah kepengerusian Malaysia, ASEAN akan terus berpegang kepada prinsip perpaduan, kelestarian dan kemakmuran bersama menuju 2045.
YAB Perdana Menteri turut menggariskan keutamaan ASEAN dalam memperkukuh ekonomi hijau, ekonomi digital, keselamatan AI, dan tenaga bersih sebagai pemacu masa depan rantau ini.
Kehadiran YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Pengiring kepada Presiden Republik Afrika Selatan, TYT Matamela Cyril Ramaphosa, menyerlahkan peranan MOSTI dalam memperkukuh kerjasama STI antarabangsa dan menyokong aspirasi Malaysia sebagai peneraju ASEAN berinovasi.
Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta para jemputan yang terlibat.
Kredit Foto/Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia
Skip to content