Skip to main content
News

Sidang Kemuncak Global I-Nation 2024

3 Disember 2024, Kuala Lumpur – Sidang Kemuncak Global I-Nation 2024 yang sedang berlangsung sehingga 4 Disember 2024 di Nexus, Connexion, Bangsar South, Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI menjadi salah seorang panel dalam sesi Dialog ‘ASEAN Wings for the Future. yang membincangkan mengenai peranan ASEAN dalam membentuk masa depan teknologi, inovasi dan pembangunan mampan untuk masa hadapan.
Selain itu beberapa sesi dialog, forum dan perbincangan turut berlangsung dengan menampilkan panel-panel terkemuka dalam pelbagai bidang disamping pameran dari industri yang mengambil bahagian dalam enam industri utama iaitu Teknologi 4IR, Teknologi Autonomi, Ketersambungan 5G, Sains Hayat, Teknologi Kesihatan & AgriTech, serta Kelestarian.
Sidang Kemuncak I-Nation 2024 menyatukan inovator global dan tempatan, pemimpin, pakar dalam pelbagai bidang, serta penggubal dasar untuk menangani cabaran kritikal melalui inovasi yang kolaboratif.
Skip to content