13 Februari 2025, Kuala Lumpur – Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan sepenuhnya Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Angkasa Malaysia 2024 mulai 1 Januari 2025, menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan ekosistem angkasa negara. Langkah ini selaras dengan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) yang menekankan tadbir urus yang baik, inovasi, dan pemantapan kapasiti angkasa untuk pembangunan global yang mampan.





