Skip to main content
News

Simposium Kebangsaan Pegawai Penyelidik 2024 (ReONS 2024)

19 November 2024, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah merasmikan Simposium Kebangsaan Pegawai Penyelidik 2024 (ReONS 2024) yang bertemakan “From Research to Community: Translational Research and Commercialization” pada hari ini bertempat di Auditorium Bangunan Penyelidikan Berimpak Tinggi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada hari ini.
Simposium yang berlangsung selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memperkasakan serta memberi inspirasi kepada pegawai penyelidik dari universiti dan institusi penyelidikan di Malaysia amnya untuk menjadi saintis terkemuka pada masa akan datang.
Simposium ini mempunya sejumlah 80 peserta yang menampilkan 6 penceramah pleno, 25 pembentang oral dan 22 pembentang poster.
Turut hadir pada majlis perasmian ReONS 2024, Profesor Ir. Dr. Kaharudin Dimyati, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaya, Dr. Chen Chee Dhang, Pengerusi ReONS 2024 dan Dr. Norfaryanti Kamaruddin, Presiden MROS.
Dalam ucaptama YBhg. Dato’ Ts Dr Hj Aminuddin bin Hassim, beliau menekankan tentang ketersediaan geran penyelidikan untuk para penyelidik yang kompeten dalam penyelidikan translasi yang menghubungkan penyelesaian kepada masyarakat. Selain itu, beliau juga menekankan tentang pentingnya komunikasi sains yang berkesan di kalangan penyelidik kepada pemain industri dan agensi pembiaya.
Hubungan kerjasama yang kukuh antara universiti, agensi penggubal dasar dan pemain industri adalah penting dan perlu diteruskan bagi jangka masa panjang bagi memacu penyelidikan berimpak dan berhasil tinggi kepada ekonomi dan masyarakat.
Skip to content