Skip to main content
News

Southeast Asia Round Table on Managing Competency and Training for Nuclear Security

11 Jun 2025, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), melalui Jabatan Tenaga Atom (ATOM Malaysia) mengalu-alukan kehadiran para delegasi ASEAN, pakar, peserta dan pihak berkepentingan dari seluruh rantau ini ke Southeast Asia Round Table on Managing Competency and Training for Nuclear Security yang berlangsung dari 11 hingga 13 Jun 2025.

Bersempena dengan Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN dan ASEANTOM bagi tahun 2025, sesi meja bulat ini mencerminkan komitmen teguh negara dalam memperkukuh keselamatan nuklear di seluruh rantau. Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada World Institute for Nuclear Security (WINS) dan Global Affairs Canada atas kerjasama dan sokongan dalam penganjuran program ini.
Perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI. Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen kukuh ASEAN terhadap keselamatan nuklear, khususnya dalam usaha membangunkan kecekapan dan piawaian latihan serantau.
Sesi meja bulat ini selaras dengan tema utama Kepengerusian ASEAN – Malaysia 2025: “Keterangkuman dan Kemampanan”, demi memastikan tenaga kerja yang berupaya khususnya dalam bidang sekuriti nuklear, berkemahiran dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Negara Anggota ASEAN, rakan kerjasama serta pakar antarabangsa atas sumbangan dan komitmen mereka dalam mewujudkan ASEAN yang lebih selamat dan terjamin.
Skip to content