Skip to main content
News

Tech Startup: MOSTI Perkukuh Eksositem Usahawan Teknologi Negara

14 Oktober, Kelantan – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyampaikan sesi MOSTI Tech Talks siri ke-6 dengan topik Tech Startup di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok.

Dalam sesi utama program tersebut, YB Menteri menekankan komitmen MOSTI dalam memperkukuh ekosistem syarikat pemula (startup) negara melalui pelaksanaan Malaysia Startup Ecosystem Roadmap (SUPER) dan KL20 Action Plan. Usaha ini bertujuan menarik pelaburan global, memperkasa deep-tech startup, serta meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Program diteruskan dengan sesi perkongsian panel Encik Ahmad Luqman bin Adan, Ketua Pegawai Eksekutif Menselin Green Energy Sdn. Bhd., yang membangunkan inovasi Plastic-to-Fuel (PTF). Segmen akhir menampilkan sesi soal jawab interaktif yang dikendalikan oleh YBrs. Ts. Adam Ramskay daripada Cradle Fund Sdn. Bhd., yang turut berkongsi pandangan mengenai sokongan ekosistem pembiayaan startup di Malaysia.
Siri MOSTI Tech Talks ini selaras dengan prinsip Malaysia MADANI berasaskan konsep P.R.E.C.I.S.E., yang menekankan nilai keterangkuman dan kemampanan dalam pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Ia berperanan sebagai platform perkongsian ilmu dan idea antara kementerian, industri serta komuniti akademik.
Program ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi MOSTI, warga UMK serta lebih 300 peserta yang terdiri daripada usahawan, pelajar dan penggiat industri.
Penganjuran MOSTI Tech Talks diharap dapat memperkukuh jaringan strategik antara sektor awam, akademia dan industri, sekali gus mempercepat pembangunan ekosistem inovasi negara yang dinamik dan mampan.
Skip to content