Skip to main content
News

Timbalan Menteri MOSTI Hadir Sambutan Hari TVET Negara 2026

6 Jun 2026, Putrajaya – YB Dato’ Dr. Mohamad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Sambutan Hari TVET Negara 2026 di Putrajaya yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dataran Putrajaya hari ini.
Sambutan Hari TVET Negara 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan dapat memenuhi keperluan industri pada masa hadapan khususnya dalam bidang teknologi, pendigitalan, automasi serta inovasi yang semakin berkembang pesat.
Seiring peranan MOSTI dalam memperkasa agenda sains, teknologi dan inovasi negara, pembangunan bakat melalui TVET amat penting bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang bersedia mendepani perubahan teknologi, memenuhi keperluan industri berimpak tinggi serta memperkukuh ekosistem ekonomi berasaskan inovasi.
MOSTI juga kekal komited menyokong usaha pembangunan bakat STI negara melalui kerjasama strategik, pembudayaan teknologi dan pengukuhan ekosistem inovasi demi melahirkan generasi masa depan yang kompeten dan berdaya saing.
Skip to content