Skip to main content
News

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura

8 Mei 2024, Putrajaya – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada En. Shivakumar Nair, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia.

Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Antarabangsa, MOSTI. Perbincangan tertumpu kepada mengukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) termasuk Projek Genom COVID-19 ASEAN, yang dilaksanakan di bawah kerjasama Malaysia dan Singapura melalui makmal Bioinformatics Institute (BII) & Infectious Diseases (ID) dari A*STAR, Singapura dan National Institute for Biotechnology (NIBM).
Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam ekosistem syarikat pemula (start-ups) serantau melalui platform bilateral iaitu Kumpulan Kerja Inovasi – Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) dan platform multilateral iaitu ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI).
Skip to content