Skip to main content
News

Watikah Perlantikan Kenaikan Pangkat Kepada Turus II YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad

By 2013-05-31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +0800+08:005731#31Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +0800+08:002+08:003131+08:00x312020Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +08005825812pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +0800+08:00+08:0012#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +0800+08:005731#/31Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:58:57 +0800+08:00+08:0012#No Comments

i

 

PUTRAJAYA (31 MEI 2013) – Pada jam 3.00 petang, bertempat di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri YBhg. Dato’ Dr. Madinah Binti Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima watikah perlantikan kenaikan pangkat kepada Turus II daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.Beliau akan bertukar portfolio ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkuat kuasa Isnin, 3 Jun 2013 sebagai Ketua Setiausaha I,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Prof Dato’ Seri IR. Dr. Zaini Ujang yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha II, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hadir samadalam majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Dr. Rosli Mohamed yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha MOSTI baharu.

Sementara itu, YBhg. Dato’ Dr. Madinah dan YBhg. Dato’ Dr. Rosli sempat meluangkan masa untuk berkongsi profil dan fungsi kementerian sebelum watikah pelantikan berlangsung. Adalah diharapkan YBhg. Dato’ Dr. Madinah Mohamad akan terus cemerlang di masa hadapan dan jasa/kepimpinan beliau amatlah dihargai.

Skip to content