8 Mac 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, menerima kunjungan hormat daripada European Chamber of Commerce and Industry (EUROCHAM) untuk membincangkan potensi kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi. Kedua-dua pihak mengakui kepentingan membina perkongsian yang lebih kukuh antara Eropah dan Malaysia untuk meningkatkan daya saing negara dan keupayaan teknologi.
Salah satu topik utama yang dibincangkan ialah kerjasama dalam sains, teknologi, dan inovasi. Kedua-dua pihak menekankan kepentingan inisiatif penyelidikan dan pembangunan bersama, yang dilihat sebagai penting untuk meningkatkan keupayaan teknologi Malaysia dan memacu inovasi. Antara bidang yang berpotensi termasuklah tenaga lestari/mampan, digitalisasi, dan Deeptech.
Kunjungan tersebut juga menonjolkan kepentingan kerjasama industri. Dengan mewujudkan perkongsian antara perniagaan Eropah dan Malaysia, peluang baru dapat dicipta seterusnya menjana ekosistem perniagaan yang lebih kukuh. Kerjasama antara EUROCHAM dan MOSTI dilihat sebagai langkah menuju pencapaian matlamat ini, dengan kedua-dua pihak berkomitmen untuk mengeksplorasi jalan baru bagi kerjasama dan pembangunan.