14 November 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Peter Blomeyer, Duta Besar Republik Persekutuan Jerman di Malaysia. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Parlimen Malaysia turut disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian dan agensi MOSTI.
Malaysia dan Jerman berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam pelbagai bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seperti bioteknologi, kerjasama dalam bidang tenaga seperti tenaga boleh diperbaharui, teknologi hidrogen, pembudayaan sains, semikonduktor, pembangunan modal insan dalam sektor teknologi canggih serta peluang kerjasama lain dalam bidang STI.