Skip to main content
News

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia

22 November 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Salah Mohammed Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Parlimen Malaysia turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi MOSTI.
Malaysia dan Qatar berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam pelbagai bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) seperti bioteknologi, kerjasama dalam bidang tenaga seperti tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hidrogen, sektor angkasa, kecerdasan buatan (AI), pembudayaan sains, semikonduktor serta peluang kerjasama lain dalam bidang STI.
Skip to content