Skip to main content
News

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Timbalannya, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Technology Park Malaysia Corporation (TPM) salah sebuah agensi di bawah MOSTI.

Putrajaya, 2 Jun 2020: YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Timbalannya, YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Technology Park Malaysia Corporation (TPM) salah sebuah agensi di bawah MOSTI.

TPM mempunyai infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan sokongan yang bersepadu untuk membantu usahawan teknologi yang berminat mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri iaitu ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau.

Selain daripada berbincang mengenai kemajuan dan perkembangan di TPM bersama Pengerusi TPM Corporation, YB Datuk Abu Samah Bachik dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Sharbani Harun, Menteri dan Timbalan Menteri turut berkunjung ke syarikat inkubati TPM iaitu BNetworks Sdn. Bhd. yang membangun, mengeluarkan dan menyediakan penyelesaian end-to-end Internet of Things (IoT) untuk bandar pintar, kehidupan pintar, connected hospitality dan assisted living market segments. Produk penyelesaian Universal IoT bWave mereka merupakan pemenang pelbagai anugerah buatan tempatan dan penyelesaian IoT pertama yang dikomersialkan di Malaysia.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI.