Skip to main content
News

YB MENTERI MOSTI MENYAMPAIKAN UCAPTAMA DI WCIT 2012, KANADA

By 2012-11-22#!31Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800p4631#31Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800p-8Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 10pm31pm-31Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800p8Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800598593pmFriday=321#!31Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 10th, 2017#!31Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800p4631#/31Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800p-8Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Fri, 10 Mar 2017 20:59:46 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

 

Montreal, Kanada: 22 Oktober 2012 Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili hari ini menyampaikan ucaptama dalam sesi IT Minister’s Forum.  Antara lain, Datuk Seri Panglima Dr Ongkili merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi WITSA selama dua penggal dan menyerahkan jawatan Pengerusi kepada Pengerusi seterusnya.

YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi adalah antara 5 orang menteri yang dijemput untuk menyampaikan ucapan selain dari Menteri ICT dari Kanada, Brazil, Mexico dan India.

Di samping itu, syarikat dan organisasi yang menyertai delegasi Malaysia juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan atau business matching (B2B) yang dianjurkan oleh pihak WITSA.

Penyertaan Malaysia di WCIT 2012 adalah bertujuan mempromosi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terutamanya dalam bidang ICT dengan meningkatkan global mindshare terhadap Malaysia di pasaran dunia. 

Syarikat-syarikat yang menyertai delegasi menteri MOSTI akan menggunakan kesempatan ini untuk memperkenalkan jenama MSC Malaysia di Canada sebagai hab pelaburan ICT global dengan berkongsi kejayaan inisiatif MSC Malaysia di sesi IT Minister’s Forum: Leadership and Innovation in a Networked World di samping mengumpul data dan maklumat perniagaan (business intelligence) bagi mengukuhkan strategi untuk pelaburan pada masa akan datang. 

WCIT merupakan forum bertaraf global di bawah seliaan World Information Technology and Services Alliance (WITSA) dan merupakan satu acara terulung dunia dalam bidang ICT. Kongres yang diadakan 2 tahun sekali ini telah diadakan di beberapa buah bandar raya utama dunia termasuk Athens, Greece pada tahun 2002, Austin, Texas, Amerika Syarikat pada tahun 2004, Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2008 dan Amsterdam, Belanda pada tahun 2010. WCIT 2012 akan mempertemukan Menteri-Menteri, pegawai pengurusan tertinggi Kerajaan dari negara-negara G20 dan negara-negara membangun. 

Tema WCIT 2012 adalah One Vision for a Global Digital Society. WCIT 2012 juga akan merangkumi “digital techno jam” atas talian yang melibatkan beribu-ribu peserta peringkat pegawai atasan membincangkan isu-isu yang berkaitan masyarakat global digital di mana teknologi adalah kritikal untuk setiap aspek kehidupan seperti kesihatan, pendidikan, e-government dan kesenian. Peserta-peserta lain dari Malaysia termasuklah wakil Multimedia Development Corporation (MDeC), Association of the Computer and Multimedia Industry Malaysia (PIKOM), Outsourcing Malaysia, Standard Chartered Bank (M) Berhad, Gamonster Sdn. Bhd., The Media Shoppe Berhad, SNT Global Sdn. Bhd., MOL AccessPortal Berhad, Wincor Nixdorf Retail Solutions (M) Sdn. Bhd., 1001 Technologies Sdn. Bhd., Powerware Systems Sdn. Bhd., Celcom (Malaysia) Berhad, Bimbit Sdn. Bhd. dan Rototype International (M) Sdn. Bhd.