Skip to main content
News

YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menggadakan lawatan turun padang ke projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Negeri Johor

28 Mac 2023, Johor Bahru – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menggadakan lawatan turun padang ke projek Membina Bangunan Tambahan Jabatan Kimia Negeri Johor.
Lawatan turun padang ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan dan kemajuan projek tersebut. Di samping itu, platform turun padang juga merupakan medium terbaik bagi membincangkan isu atau permasalahan berkaitan.
Satu taklimat telah diberikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan juga pihak kontraktor bagi menerangkan status projek.
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Halimah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, MOSTI serta wakil daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
338404852 527056679614748 4204735490401941165 n    338387629 542237337980598 2071034773312060880 n
338431751 991755205541611 3231628919718811642 n    338393886 628799229061254 5292774445727318630 n
Skip to content