Skip to main content
News

YBTM MOSTI Telah Menerima Kunjungan Hormat Daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi, Republik Uzbekistan

21 Januari 2025, Putrajaya –  YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Mr. Otabek Makhkamov, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi, Republik Uzbekistan ke Malaysia yang disertai oleh pegawai kanan Kementerian.
Malaysia dan Republik Uzbekistan berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam memacu agenda STI kedua-dua buah negara terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama serta pertukaran pengetahuan dan kepakaran.
YB Timbalan Menteri juga mengalu-alukan sebarang pandangan mengenai teknologi terkini yang sedang dibangunkan oleh Kerajaan Uzbekistan, khususnya yang bertujuan menangani cabaran global seperti inflasi, sekuriti makanan, dan keutamaan berkaitan STI lain yang menjadi sebahagian daripada inisiatif berterusan Uzbekistan.
Skip to content