Skip to main content
NewsGeneral

Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) Tawar Program Pembiayaan Khas Berjumlah RM100 Juta Bagi Membantu Syarikat Pemula Teknologi Yang Terjejas Akibat Penularan COVID-19

By 2022-11-06#!30Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +0800+08:004130#30Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +0800+08:00-1+08:003030+08:00x30 24pm30pm-30Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +0800+08:001+08:003030+08:00x302022Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +08003213211pmThursday=321#!30Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +0800+08:00+08:0011#November 24th, 2022#!30Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +0800+08:004130#/30Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +0800+08:00-1+08:003030+08:00x30#!30Thu, 24 Nov 2022 13:32:41 +0800+08:00+08:0011#No Comments

12 September, Kuala Lumpur – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba hari ini telah merasmikan Kuala Lumpur Venture Finance Forum 2022 (KLVF22). Forum ini adalah satu platform perkongsian ilmu atau knowledge exchange yang mampu membawa kepada cetusan idea-idea yang baharu serta inovatif dan bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memastikan ekosistem pembiayaan yang mampan bagi syarikat-syarikat pemula teknologi berpotensi tinggi di Malaysia.

MDV merupakan pembiaya teknologi negara yang berperanan sebagai pelengkap ekosistem pembiayaan syarikat-syarikat pemula teknologi di Malaysia dan selari dengan Pelan Hala Tuju Ekosistem Syarikat Pemula Malaysia 2021-2030 (SUPER) yang telah beliau lancarkan pada 18 November 2021 yang lalu.
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba berkata, “Menerusi MDV, pelbagai insentif diperkenalkan untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berkaitan teknologi dan berorientasikan inovasi yang terjejas akibat COVID-19 untuk pulih dan menggiatkan semula kapasiti inovasi negara ke tahap maksimum. PMKS
merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan turut memangkin kepada pembentukan masa hadapan Malaysia. Pemerkasaan sektor ini dijangka akan menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang lebih kukuh dan berdaya saing.”
Tambahnya, “Antara inisiatif yang telah diperkenalkan kerajaan adalah penawaran program pembiayaan khas berjumlah RM100 juta yang diuruskan oleh MDV bagi membantu syarikat pemula teknologi yang terjejas akibat penularan COVID-19. Sehingga kini, lebih RM76.55 juta telah diluluskan bagi pembiayaan untuk 66 syarikat dan telah diagihkan kira-kira RM33.5 juta kepada 35 syarikat dalam pelbagai sektor teknologi di bawah program ini.”
YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba turut berharap lebih banyak syarikat berteknologi khususnya dalam kalangan PMKS dapat dibantu oleh MDV agar negara dapat berkembang maju dan menjadi peneraju teknologi masa hadapan. Memetik laporan yang telah diterbitkan oleh HSBC dan KPMG iaitu ‘The Emerging Giants in Asia Pacific’ di mana berdasarkan kajian yang dilakukan, 10 syarikat pemula teknologi telah dikenal pasti mampu mencapai status unicorn ataupun the new giants di rantau ini.
“MOSTI menerusi agensi-agensi pembiayaannya seperti Cradle Fund Sdn. Bhd., Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) dan MDV menyediakan pelbagai peruntukan dana bagi mempercepat pertumbuhan sektor pemula teknologi negara,” kata YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba.
Jelasnya lagi, “Dana pembangunan ini merangkumi setiap fasa perkembangan syarikat pemula teknologi menerusi tiga kaedah iaitu geran, ekuiti dan pinjaman. Saya yakin, agensi-agensi MOSTI ini mempunyai kebolehan untuk memahami model perniagaan baharu dan inovatif syarikat-syarikat pemula teknologi serta berpengalaman luas dalam menyokong keperluan pembiayaan mereka.”
Penganjuran forum KLVF22 kali ini juga adalah bersempena dengan ulang tahun ke-20 penubuhan MDV dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Haji Yamani Hafiz bin Musa.
1     34
Skip to content