06 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Pagi ini telah berlangsung Program Syarahan Perdana oleh Professor Mariana Francessa Mazzucato yang telah dianjurkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Professor Mariana Francessa Mazzucato merupakan seorang Professor (Ekonomi Inovasi dan Nilai Awam) Universiti College London (UCL) dan merupakan Pengarah Pengasas, Institut Inovasi dan Tujuan Awam, UCL. Tajuk syarahan yang disampaikan ialah 𝘗𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘚𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮: 𝘔𝘪𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 𝘖𝘳𝘪𝘦𝘯𝘵𝘦𝘥 𝘗𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘚𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘧𝘰𝘳 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘴𝘪𝘭𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘈𝘮𝘪𝘥 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭 𝘊𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘦𝘴.
Terlebih dahulu YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan kata aluan sebelum sesi syarahan bermula. Hadir sama YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Perkhidmatan.