Kemunculan wabak COVID-19 telah memberi kesedaran tentang keperluan untuk menghasilkan vaksin tempatan dan menjadi negara pengeluar vaksin. Susulan daripada itu, Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan penaiktarafan Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGVI), telah dilancarkan oleh mantan YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9 pada 1 November 2021. Ini merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memantapkan ekosistem pembangunan vaksin negara dengan visi untuk mencapai kecukupan kendiri dalam penghasilan dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin dalam masa 10 tahun.

Bagi memantapkan pelaksanaan PPVN, Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin (MVPO) telah ditubuhkan dan beroperasi sepenuhnya pada 26 September 2022 dengan kekuatan anggota sebanyak 12 orang. Terdapat empat (4) kluster di bawah MVPO iaitu Kluster Pembiayaan dan Pembangunan Ekosistem, Kluster Pembangunan Vaksin Halal, Tadbir Urus dan Pentadbiran, Kluster Keupayaan Kajian Klinikal dan R&D, dan Kluster Vaksin dan Logistik.

MVPO adalah Bahagian di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang ditubuhkan dengan mandat untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan strategi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN)

Carta Organisasi MVPO

  • Mengenal pasti isu dan strategi untuk merapatkan jurang dalam pembangunan ekosistem vaksin negara.
  • Menyelaras permohonan pembiayaan di bawah Dana Pembangunan dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara (DPVN) bagi penyelidikan strategik berimpak tinggi kepada negara.
  • Menghubungkan pihak berkepentingan melalui penyelarasan rangkaian kerjasama antara agensi sama ada di peringkat dalam negara mahupun antarabangsa dalam ekosistem vaksin Malaysia.
  • Melaporkan kemajuan pelaksanaan PPVN kepada Kumpulan Kerja Sektoral Vaksin Malaysia (MVSWG) dan Jawatankuasa Pemandu Vaksin Tempatan Malaysia (NASCOV).
  • Menghubungkan pembiayaan latihan di bawah Program Pembangunan dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara (Latihan Program Vaksin, LPV).

Memberikan perkhidmatan berkualiti dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan memastikan pengurusan DPVN dilaksanakan dengan baik dan teratur dengan memaklumkan keputusan permohonan geran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh keputusan permohonan dibuat oleh jawatankuasa yang terlibat

Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Aras 5 Blok C7 Kompleks C
Federal Government Administrative Centre
62662 PUTRAJAYA

Pertanyaan berkenaan :

  1. Dana Pembangunan dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara (DPVN: +603-8885 8679 atau sekretariatdpvn@mosti.gov.my
  2. Dana Latihan Program Vaksin (LPV): +603-8949 5600 atau sekretariat.ecc@nibm.my