Skip to main content
Information Sharing

FASILITI PEMASANGAN, INTEGRASI & PENGUJIAN SATELIT

Satellite Assembly, Integration and Test (AIT) Facility

FASILITI PEMASANGAN INTEGRASI PENGUJIAN SATELIT

Fasiliti AIT MYSA terletak di Banting, Selangor merupakan fasiliti pertama dibangunkan di Asia Tenggara untuk melaksanakan pengujian dan pengukuran ke atas satelit/komponen satelit. Pembangunan fasiliti ini dilaksanakan secara berperingkat mulai pada tahun 2007 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014. Fasiliti AIT merupakan satu pusat sehenti yang menawarkan pengujian mekanikal, persekitaran angkasa dan elektromagnetik untuk satelit sehingga seberat 1000 kg.

Fasiliti AIT mengandungi sebuah makmal bersih kategori Kelas 8 mengikut International Standard Organisation (ISO) atau kelas 100,00 mengikut Federal Standard 209E. Ia menyediakan satu persekitaran terkawal serta dilengkapi dengan ruang integrasi yang luas dan pelbagai kemudahan mekanikal bagi membolehkan sebarang pengujian atau pengukuran dilaksanakan ke atas satelit/komponen satelit. Pengujian dan pengukuran perlu dilaksanakan dalam makmal yang bersih bagi mengelakkan sebarang kontaminasi yang boleh mengakibatkan kerosakan pada satelit/komponen satelit.

Bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti dan mengikut kehendak pelanggan, MYSA telah mendapat pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2008 mulai pada 22 Januari 2014. Pada 15 September 2018, pensijilan ini telah dinaiktaraf ke standard terkini ISO 9001:2015 dengan skop Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran berkaitan Kejuruteraan Mekanikal, Persekitaran Angkasa dan Elektromagnetik bagi Sektor Komersil dan Industri Angkasa.

Perkhidmatan AIT ini ditawarkan kepada agensi kerajaan, industri tempatan, universiti serta pusat penyelidikan dengan kadar caj yang munasabah seperti termaktub dalam Perintah Fi (Agensi Angkasa Negara) 2017 [P.U.A(64)]. Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan adalah:

 

  1. Pengujian Getaran
  2. Pengujian Keserasian Elektromagnetik
  3. Pengujian Vakum Terma
  4. Pengujian Akustik
  5. Pengukuran Penjajaran
  6. Pengukuran Perihal Jisim

Untuk maklumat lanjut layari:

http://www.mysa.gov.my/satellite-assembly-integration…/

http://www.mysa.gov.my/perintah-fi/

Skip to content