Inisiatif data terbuka dilaksanakan untuk mewujudkan suatu ekosistem data terbuka yang menghubungkan agensi pemilik data dengan pengguna data terbuka yang terdiri dari agensi kerajaan, akademia, industri dan rakyat. Data yang diterbitkan dalam portal Data Terbuka Sektor Awam ( www.data.gov.my ) boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai inovasi sama ada dalam bentuk aplikasi, produk data atau penyelidikan.
Untuk memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan lebih berkesan, Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU bercadang untuk mengeluarkan siri perkongsian informasi berkaitan inisiatif Data Terbuka Sektor Awam secara berkala. Tujuannya ialah untuk memberi kesedaran dan kefahaman akan kepentingan data terbuka dan seterusnya meningkatkan penggunaannya.