Skip to main content
Information Sharing

Malaysia Techlympics 2022

Malaysia TechlympicsMalaysia Techlympics (“Techlympics”) merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Techlympics akan diadakan secara berperingkat dan besar-besaran di seluruh negara dalam usaha meningkatkan  bakat muda dalam bidang AI, robotik, kod, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru di kalangan anak muda dan belia yang  berumur 7 hingga 30 tahun. Dengan ini, ianya akan membawa golongan muda bersama-sama kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pencapaian indeks inovasi dunia yang lebih tinggi.

Aktiviti-aktiviti yang direka di bawah Techlympics adalah berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.
Objektif utama Techlympics adalah untuk memupuk minat generasi muda terhadap STEM melalui pendekatan yang lebih menyeronokkan; membudayakan belia dengan minda, set kemahiran dan aksi mereka menghasilkan inovasi yang lebih bermakna dan berimpak tinggi; selain melahirkan generasi penyelesai masalah dan tekno-usahawan masa depan. Ia adalah sebuah platform dalam mengenal pasti inovasi para belia muda yang boleh dikomersilkan dan dimajukan di masa akan datang.

Techlympics memberi peluang buat warga belia, pereka cipta, pembekal teknologi, agensi kerajaan dan pemain-pemain dalam ekosistem inovasi untuk sama-sama berinteraksi dan mengambil inspirasi melalui kolaborasi. Dengan gelombang Techlympics ini, kami percaya pelbagai kerjasama dapat digerakkan dan memberi impak positif buat generasi pereka cipta muda serta ekosistem inovasi secara amnya.Program Contents Write-up
Layari segera www.techlympics.my untuk mengikuti perkembangan program-program rasmi di Techlympics serta daftar minat anda menjadi Techlympian hari ini!

Skip to content