Skip to main content
Information Sharing

The operation of Space Technology in Malaysia in Disaster Management

The operation of Space Technology in Malaysia in Disaster ManagementTeknologi angkasa khususnya remote sensing satelit berupaya mencerap dan menghasilkan imej dan maklumat muka bumi terkini yang amat berguna dalam membantu pengurusan bencana dengan lebih cepat, cekap dan berkesan.

Agensi Angkasa Malaysia – MYSA di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melaksanakan peranan dalam pengurusan bencana negara seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran hutan iaitu selaras dengan Pelan Tindakan Operasi Pengendalian Bencana di bawah Arahan MKN20.

MYSA bertanggungjawab memperoleh, memproses dan menganalisis imej satelit kawasan bencana bagi menghasilkan maklumat situasi kejadian bencana berkenaan. Ketersediaan imej satelit pelbagai resolusi dan pelbagai tarikh membolehkan pemantauan dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana.

Selain itu, MYSA turut berperanan membangun dan mengoperasikan sistem aplikasi berteraskan teknologi remote sensing, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Sistem Penentududukan Global (GPS) dan ICT bagi kegunaan dan akses secara dalam talian oleh agensi-agensi pengurusan bencana khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

#mosti #MySA #STIE #sains #teknologi #inovasi #teknologiangkasa #pengurusanbencana #remotesensing